NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

1)   Perlindungan dan Penggunaan Data Peribadi

Tetuan Ghazi & Lim (“Firma ini”) menghargai Data Peribadi anda dan berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini dikeluarkan oleh kami menurut keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”). Untuk mengelakkan keraguan, sila ambil perhatian bahawa Notis ini terpakai hanya jika anda seorang individu dan sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Data Peribadi secara amnya bermaksud sebarang maklumat yang mengenal pasti anda. Firma ini akan menggunakan dan memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang berkaitan dengan perniagaan dan aktiviti-aktiviti Firma yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

(a) untuk keperluan pengurusan hubungan pelanggan;

(b) untuk memaklumkan anda tentang perkara anda dengan kami melalui pos, telefon, e-mel, mesej teks atau komunikasi lain;

(c) untuk menghantar notis melalui e-mel, surat atau mesej teks;

(d) untuk mengingatkan anda untuk melakukan transaksi-transaksi yang diperlukan selaras dengan perjanjian-perjanjian dan/atau kontrak berhubungan dengan perkara anda dengan Firma ini

(e) untuk tujuan pentadbiran dalaman seperti pengauditan, analisis data, penyimpanan rekod dan kajian untuk menambahbaik perkhidmatan dan komunikasi pelanggan Firma ini; dan

(f) untuk tujuan lain yang diperlukan dan dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan, amalan komersial dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan.

2)  Pengumpulan Data Bukan Peribadi

Di mana Firma ini mengumpul maklumat melalui laman web kami, kami mengumpul data bukan peribadi tertentu mengenai penggunaan laman web yang tidak boleh mengenal pasti anda secara automatik termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat Protokol Internet (IP) komputer anda, alamat IP pembekal perkhidmatan internet anda, tarikh dan masa akses anda kepada laman web, system operasi yang digunakan anda, seksyen laman web yang dikunjungi anda, kandungan yang anda muat turun dari laman web kami dan alamat internet laman web di mana anda dihubungi secara terus ke laman web Firma ini. Firma ini mungkin akan menggunakan data bukan peribadi untuk membuat laporan maklumat mengenai demografi pengguna laman web dan corak trafik laman web. Tiada laporan maklumat tersebut yang dapat dikaitkan dengan identiti anda.

3) Cookies

Cookies pada laman web Firma ini mungkin digunakan untuk membolehkan anda  menentukan pilihan individu anda dan untuk membantu Firma ini menyediakan pengalaman yang lebih baik bagi anda. Cookies mungkin akan mengumpul Data Peribadi anda.  Cookies merupakan fail-fail teks kecil di mana satu laman web boleh memasang pada komputer atau peranti mudah alih anda apabila anda melawat sesuatu laman web untuk kali pertama dan ini membantu laman web tersebut mengenal pasti peranti anda, mengingati nama pengguna anda dan pilihan anda. Jikalau pelayar web anda mempunyai opsyen, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak cookies. Namun, sila ambil perhatian bahawa keupayaan anda untuk mengakses ciri-ciri tertentu atau penggunaan kemudahan pada laman web Firma ini mungkin akan terjejas jikalau anda memilih untuk menolak cookies.

4)  Kegunaan khas laman web

Jikalau anda bukan pelanggan Firma ini, tetapi anda telah menghantar pertanyaan melalui laman web Firma ini, Firma ini mungkin akan memproses Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:

(a) membalas pertanyaan anda;

(b) penyimpanan rekod dalaman dan untuk tujuan pentadbiran;

( c) perkembangan dan penambahbaikan perkhidmatan-perkhidmatan Firma ini;

(d) untuk tujuan-tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang,  peraturan-peraturan, garis panduan, amalan komersial dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan.

5)  Penyimpanan dan Penggunaan Data Peribadi

Firma ini menyimpan Data Peribadi anda sama ada dalam bentuk salinan cetak atau secara digital di dalam server kami yang terletak di Malaysia. Kawalan dan akses kepada Data Peribadi anda adalah diurus secara persendirian oleh Firma ini. Firma ini hanya akan mengekalkan Data Peribadi anda bagi tempoh yang diperlukan untuk memenuhi pelbagai tujuan-tujuan yang disebutkan dalam Notis ini kecuali jika tempoh pengekalan yang lebih lama dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang.

Data Peribadi anda yang dibekalkan kepada Firma ini akan disimpan secara sulit. Firma ini mengambil langkah-langkah yang diperlukan, sama ada dari segi pentadbiran mahupun teknikal, untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan, kecurian, kesalahgunaan dan akses tanpa kebenaran, penzahiran, penggunaan, penyilihan atau kemusnahan. Sebagai sebahagian daripada pembekalan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda dan bagi tujuan perniagaan kami, kami mungkin atau perlu untuk menzahirkan maklumat mengenai Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak-pihak berkuasa kerajaan, perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal-pembekal dalam atau luar negara, badan akreditasi berkenaan, perunding-perunding bebas, syarikat insurans dan pihak-pihak lain yang diperlukan.

6)   Pegawai Pematuhan

Jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis ini atau jikalau anda mempunyai apa persoalan mengenai cara Data Peribadi anda dikumpul atau dikendalikan oleh Firma ini atau jika anda berhasrat untuk memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda berhasrat meminda Data Peribadi anda atau anda ingin  menarik balik kebenaran anda yang diberikan kepada Firma ini untuk memproses Data Peribadi anda atau untuk pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak lain, anda boleh menghantar permohonan bertulis kepada alamat berikut:

Orang Berkenaan:                Pegawai PDP

Cawangan Pulau Pinang:        gnlpg@ghazi-lim.com

Cawangan Butterworth:         gnlbw@ghazi-lim.com

Cawangan Kuala Lumpur:      gnlkl@ghazi-lim.com

 

7)   Perubahan kepada Notis

Firma ini berhak untuk meminda Notis ini dari semasa ke semasa untuk memaparkan perubahan dari segi undang-undang serta keperluan regulasi, kemajuan teknologi dan amalan komersial yang terbaik tanpa notifikasi bertulis selanjutnya tetapi apa jua pindaan akan dimaklumkan melalui laman web kami. Anda dinasihati untuk memeriksa Notis di laman web kami dari semasa ke semasa.

8)   Obligasi-obligasi di bawah undang-undang

Firma ini hanya akan menggunakan Data Peribadi anda dengan persetujuan anda. Semasa memproses Data Peribadi anda, Firma ini adalah tertakluk kepada undang-undang khas industri seperti Akta Profesion Undang-undang 1976.

9)   Persetujuan anda

Dengan menggunakan laman web ini dan/atau menghantar Data Peribadi kepada Firma ini, anda dengan ini bersetuju dengan terma-terma Notis ini dan bersetuju kepada pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat anda seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma-terma Notis ini, sila jangan menggunakan laman web ini atau membekalkan mana-mana Data Peribadi anda kepada Firma ini.